Friday, July 20, 2012

Uji minda anda......

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Quiz

  1. Seorang pelajar telah dirujuk untuk mengikuti sesi kaunseling individu. Sebelum memulakan sesi, pelajar ini lebih suka mendiamkan diri dan tidak berminat berinteraksi.

    Tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan ialah
    A.melaksanakan aktiviti membina hubungan untuk membina kepercayaannya 
    B.menangguh sesi dengan pelajar ini sehingga dia bersedia untuk menyertai sesi semula 
    C.merujuk pelajar ini supaya menyertai sesi kelompok kerana ahli-ahli boleh membantu dia berinteraksi 
    D.merujuk rekod peribadi pelajar ini untuk mendapatkan maklumat latar belakang keluarga pelajar tersebut
  2. Klien : Saya bercita-cita nak jadi doktor, cikgu. Saya memang nak belajar tetapi saya tak suka dengan matapelajaran sains kerana matapelajaran itu sangat susah, saya tak minatlah, cikgu.

    Respon kaunselor yang paling sesuai ialah
    A."Bukan matapelajaran sains sahaja yang sukar, matapelajaran lain pun sukar juga. " 
    B."Anda patut abaikan sahaja matapelajaran sains dan memikirkan semula tentang cita-cita anda" 
    C."Anda tidak suka matapelajaran sains atau anda tidak suka guru yang mengajar matapelajaran tersebut." 
    D."Anda tidak meminati sains sedangkan sains merupakan matapelajaran penting untuk mencapai cita-cita anda."
  3. Penyataan yang BENAR mengenai dorongan minima ialah
    A.menunjukkan klien bersedia untuk berunding 
    B.menggalakkan kaunselor untuk terus bertanya 
    C.merumus apa-apa yang telah diperkatakan 
    D.menunjukkan kaunselor mendengar maklumat klien
  4. Klien : Sejak saya bertukar ke sini, tak ada kawan yang ingin berbual, berbincang dan bermain dengan saya. Saya tidak gembira dan berasa keseorangan.
    Kaunselor : Nampaknya anda kelihatan sedih dengan keadaan ini.

    Tindakan kaunselor di atas menunjukkan beliau mengaplikasikan kemahiran
    A. empati 
    B.refleksi isi 
    C. refleksi perasaan 
    D.refleksi pengalaman

No comments: