Friday, July 20, 2012

Model dan Jenis Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  1. Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
  2. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling      kelompok.
  3. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
  4. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
  5. Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
  6. Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K
1. PERKHIDMATAN KAUNSELING
a). Kaunseling individu atau kelompok.
· pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
· rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
· kerjaya, pelajaran, dan peribadi.
§ tidak turut serta dalam ko-kurikulum.
§ masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen
· b). Kaunseling keluarga
- jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .
· c). Kaunseling tunjuk ajar
guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen.
2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN
· Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang mengandungi aktiviti terancang dan tersusun yang menggalakkan perkembangan konsep kendiri,kognitif-afektif,psikososial, fizikal, seksual dan moral-agama pelajar atau mengenai topik tertentu dari masa ke semasa.
3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.
· sistem fail
· rekod penafsiran minat pelajar
· mengawas corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling
· memberi maklumat objektif mengenai pencapaian,kemajuan dan prestasi
· pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan
· Memberi penafsiran/kaji selidik untuk membantu pekembangan diri pelajar
4. PERKHIDMATAN MENGUMPUL DAN MEMBERI MAKLUMAT.
· Mengumpul,menyedia dan menyebar maklumat berkaitan dengan:
· - pendidikan pencegahan dadah,AIDS,rokok dan inhalan
· - latihan dan kerjaya
· - sosial dan peribadi
5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN
· - membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.
· penempatan pekerjaan
· - penempatan IPT dan IPTS
6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH DAN INHALAN
· memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah
· memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan pemulihan dan rawatan
· membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan penggunaan dadah.
·
7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN
· - membantu bekas pelajar
· - membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah
· - membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar
· - membuat rujukan ke doktor,pakar kanak-kanak,pakar jiwa,pegawai kebajikan dsb
8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA
· - memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.
· Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama-sama mengawasi kemajuan pelajar
· Mengadakan kaunseling keluarg jika didapati bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga
9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS
· - menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar
· - merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.
· Penyelaras bagi penglibatan majikan,agensi kebajikan dan orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah
10. PERKHIDMATAN PENILAIAN
· - membuat penilaian aktiviti bimbingan
· - menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
11. SISTEM FAIL,REKOD DAN DOKUMENTASI
· Menjalankankerja-kerja pentadbiran di bilik kaunseling,mengadakan sistem fail,menyimpan rekod,pehubungan awam, surat-menyurat,pengelolaan aktiviti,pengendalian bahan bercetak,penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti,Pengetua,PPD dan Kementerian

No comments: