Tuesday, August 2, 2011

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGUAN

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGUAN
PROGRAM :­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­PISMP-IPGM SEMESTER: 8 Tahun: 2010
Guru dan Cabaran Semasa KOD: EDU3109 KREDIT: 3+0

MINGGU
Tutorial (1 jam)
ISL (2jam)
M1
19/20 Jun – 23/24 Jun 2011
Penjelasan sesi tutorial & ISL.
Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 6)
Cari dan bahan-bahan berkaitan dengan isu dan cabaran pendidikan semasa di perpustakaan/ laman web. Simpan bahan ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan.
Persediaan tutorial minggu ke-2:
Melayari laman web untuk muat turun bahan yang berkaitan dengan isu dan cabaran pendidikan semasa, khasnya dari aspek kepelbagaian budaya dalam bentuk forum
M2
26/27 Jun – 30 Jun/ 1 Julai
Sesi Forum :
Isu dan cabaran pendidikan semasa, khasnya dari aspek kepelbagaian budaya
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Persediaan tutorial:
Melayari laman web untuk muat turun bahan yang berkaitan dengan isu dan cabaran pendidikan semasa, khasnya dari aspek pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bincang isu dan cabaran tersebut dalam bentuk forum.
M3
3/4 - 7/8 Julai
Sesi Forum:
Isu dan cabaran pendidikan semasa, khasnya dari aspek pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Persediaan tutorial:
Perbincangan kumpulan:
Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan pegawai awam(kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
M4
10/11 – 14/15 Julai
Perbincangan kumpulan:
Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan pegawai awam(kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
Persediaan tutorial:
Merujuk buku atau melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan implikasi pendidikan wajib di Malaysia.
Persediaan Tutorial :
Penyediaan dan perbincangan tugasan Kerja Kursus Pendek(KKP)
M5
17/18 Julai
-
M8
11/12 Ogos
INTERNSHIP
M9
14/15 18/19 Ogos
M10
21/22 – 25/26 Ogos
Pembentangan Tutorial:
Bentang hasil perbincangan kumpulan mengenai implikasi pendidikan wajib di Malaysia
Tutorial 2:
Penerangan dan Perbincangan tugasan KKP
Persediaan tutorial:
untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pendekatan guru dalam menangani masalah gangguan emosi kanak-kanak dalam bilik darjah.
berkaitan dengan Convention on the Rights of the Child dan buat rumusan dalam bentuk pengurusan grafik.
M11
28/29 Ogos - 1/2 Sept
Pembentangan Tutorial: Pelajar membentang hasil rumusan berkaitan dengan pendekatan guru dalam menangani masalah gangguan emosi dalam bilik darjah.
Membentang hasil rumusan berkaitan dengan Convention on the Rights of the Child.
Persediaan tutorial 1:
Banding beza stres dan burnout dan cadangkan cara-cara pengurusan stres dan emosi, khasnya dalam kalangan guru.
Persediaan Tutorial 2:
Melayari laman web http://www.mindtools.com/stress/Brn/BurnoutSelfTest.htm dan melengkapi Burnout Self-Check List. Simpan bahan ini dalam folio.
M12
4/5 – 8/9 Sept
Pembentangan Tutorial 1:
Banding beza stres dan burnout dan cadangkan cara-cara pengurusan stres dan emosi, khasnya dalam kalangan guru.
Pembentangan Tutorial 2:
Bentang hasil pentaksiran berdasarkan Burnout Self-Check List. Cadangkan langkah-langkah menangani dan menguruskan tekanan emosi yang dihadapi
Persediaan untuk tutorial:
Buat rujukan/ carian lanjutan berkaitan Strategi Pengajaran yang Inovatif. Aplikasikan strategi tersebut dalam mata pelajaran major dan sediakan RPH yang berkaitan.
M13
11/12 – 15/16 Sept
Pembentangan Tutorial:
Aplikasikan strategi pengajaran yang inovatif dalam mata pelajaran major. Sediakan RPH yang berkaitan dan mempersembahkan dalam kelas.
Persediaan tutorial:
Pelajar menyepadukan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dan membentuk persekitaran pembelajaran yang inovatif dan kondusif.
M14
18/19 – 22/23 Sept
Pembentangan tutorial:
Pelajar membentang hasil perbincangan tentang pembentukan persekitaran pembelajaran yang inovatif dan kondusif.
Persediaan tutorial:
Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri pengurusan inovatif dan strategi perubahan. Buat rumusan dalam bentuk pengurusan grafik.
M15
25/26 – 29/30 Sept
Pembentangan Tutorial:
Membentang ciri-ciri pengurusan inovatif dan strategi perubahan dalam bentuk pengurusan grafik.
Persediaan untuk tutorial:
Perbincangan dalam kumpulan – Cara-cara mengadaptasikan pelbagai innovási dan perubahan dalam pendidikan.
M16
2/3 – 6/7 Okt
Pembentangan Tutorial:
Membentang tentang cara-cara mengadaptasikan pelbagai inovási dan perubahan dalam pendidikan.
Persediaan tutorial:
Tugasan kumpulan – menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.
M17
9/10 – 13/14 Okt
Pembentangan tutorial:
Membentang pelan tindakan untuk mengurus perubahan.
Persediaan Tutorial:
Membuat refleksi tentang keseluruhan “Guru dan Cabaran Semasa” dan membuat catatan refleksi
Mengemaskinikan folio secara sistematik.
M18
16/17 – 20/21 Okt
Pembentangan Tutorial:
Perkongsian dalam membuat rumusan dan catatan refleksi tentang kursus.
Mengemaskinikan folio secara sistematik.

Thursday, July 28, 2011

Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yangbaik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Harapanini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang.Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor berharap agar ibu bapa juga dapat berubah sikap dengan memberi lebih perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka juga adalah salah satu punca kepada keruntuhan masalah disiplin pelajar. Ini kerana kesibukan tugas menyebabkan ibu bapa sering melepaskan tanggungjawab kepada sekolah mendidik anak-anak mereka memburukkan lagi keadaan.

- terlalu membiarkan atau terlalu keras dengan disiplin

- kurang penyeliaan
- anak-anak yang banyak masalah ketika di sekolah rendah lagi.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses
Mengurus dan mengawal tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab yang besar bagi ibu
Ibu bapa sentiasa bersaing dengan pihak-pihak lain untuk mendapatkan perhatian anakanak. Cara untuk mendapatkan perhatian ialah dengan mewujudkan talian berkomunikasi yang sihat dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang berasal janggal kalau berbual-bual dengan anak-anak, kononnya ‘tak mahu beri muka’. Jika ibu bapa susah hendak bercakap dengan anak-anak, bagaimana pula anak-anak hendak bercakap sesuatu atau mengadu sesuatu yang penting baginya kepada ibu dan bapa?

Kajian-kajian tentang masalah disiplin di kalangan pelajar banyak menunjukkan kecondongan
anak-anak yang melakukan kesalahan berasal daripada keluarga yang:
- tiada kejelekitan (cohesiveness)

KASIH SAYANG

pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu, kanak-kanak
merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa disayangi.
Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa “relax”
dan rasa selamat walaupun mereka sakit dan takut. (Lain Ehmann, 2001) Ramai ibubapa beranggapan yang anak mereka tahu akan ibubapa menyayangi mereka.
Walaupun ibu bapa menyayangi anak-anak namun sukar bagi mereka untuk menyatakan perkataan “I love you” kepada anak-anak. Itulah orang Asia. Menurut Jayesh Maniar (1998), ibubapa patut bukan sahaja menunjukkan kasih sayang melalui gerak geri tetapi juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaan dan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima anak mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah disiplin yang dihadapi.
Tanda pemberian kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapat
membalas dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnya
kepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik. Namun, dalam kesibukan harian
inilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-anak mereka. Ada segelintir
ibubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan dengan kemewahan
dan wang ringgit. Contohnya ialah seorang pelajar yang telah disabit kesalahan kerana
melanggar disiplin dan guru memberitahu pelajar itu bahawa kesnya akan dimaklumkan
kepada ibu bapa. Pelajar itu merayu supaya tidak memberitahu ibu bapa dan meminta
pihak sekolah merotannya. Kata pelajar itu: “Saya takut, bapa saya tidak beri elaun
mingguan dan merampas motosikal saya.” (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Utusan
Malaysia, 2005) Remaja ini melihat ayahnya sebagai sumber kewangan dan bukannya
sumber kasih sayangnya.

MENGAWAL ANAK

bapa. Cara ibu bapa memainkan peranan masing-masing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka sendiri telah dididik dan dasuh oleh ibu bapa mereka dahulu. Yang penting ialah ibu bapa menyedari akan kesan kepada tindakan-tindakan yang diambil terhadap anak-anak mereka. Misalnya ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menziarahi saudara atau kawan sering melihat anak-anak mereka bergurau dengan anak-anak tuan rumah, atau anak-anak tetamu lain. Gurauan anakanak kecil itu kadang-kadang menjadi bertambah lasak kerana tiada teguran daripada ibu bapa masing masing.
Kononya budak-budak memang lasak dan cergas, walaupun kejadian itu berlaku di hadapan mata sendiri. Ketegasan ibu bapa menegur dan mebetulkan keadaan yang sedemikian serta-merta akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-anak itu. Sebaliknya, jika anak-anak itu dimarahi hanya apabila sudah balik, atau dua tiga hari lagi dirotan kerana memalukan emak, bapa, maka kesanya amat sedikit, malah akan memberi kesan sampingan yang lain pula. Ketegasan ibu bapa menegur kesalahan anak dengan serta merta amatlah penting dalam proses mendidik anak dari kecil. Ia harus dilakukan
dengan konsisten supaya lama-kelamaan mesej yang hendak disampaikan itu tertanam di dalam lubuk hatinya. Proses ini dinamakan proses penghayatan atau ‘interalization’.
Kini, kita boleh menyaksikan lebih ramai ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil, mengurus dan mengawal anak-anak mereka dengan cara yang lebih liberal. Maksudnya, anak-anak ini dibiarkan menunjukkan pelbagai telatah termasuklah melayani anak-anak lawan ‘bertengar’ dengan ibu atau bapa atau pun menutup sebelah mata setelah mengetahui sesuatu kesalahan telah dibuat. Hakikatnya, tanpa disedari ibu bapa ini sedang menyemai bibit-bibit tingkah laku yang ditegah sama ada dari pandangan
agama mahu pun adat ketimuran.

BERKOMUNIKASI

Kehilangan peluang untuk berkomunikasi dalam sesebuah keluarga mendorong anak-anak
mencari tempat lain untuk mencurahkan perasaan. Orang yang paling mudah menerima kekosongan ini ialah teman-teman sebaya yang sanggup memberi sokongan moral dan simpati. Topik-topik yang sering dibincangkan sesama sendiri secara umumnya sama dikongsi dari segi nilai minatnya, seperti fesyen pakaian, gosip, hiburan, seks dan perkara-perkara yang menyeronokkan.Yang merosakkan ialah apabila anak-anak ini berkongsi pendapat dan mengukuhkan nilai-nilai negatif yang mereka sendiri belum
matang memikirkannya.
Oleh itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan
anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang dicakapkan oleh anak-anak, begitu juga anak-anak mendengar apa yang dicakap oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka

Wednesday, July 27, 2011

Kerja Kursus Guru dan Cabaran Semasa

2. Rangsangan
“Sebagai sebuah negara, adalah penting bagi kita untuk mengiktirafkan kemajuan besar yang telah kita capai dalam mewujudkan Malaysia yang bersatu-padu dan merangkumi semua lapisan rakyat. Walau bagaimanapun, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan dan saya percaya bahawa rakyat Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk membincangkan isu-isu yang lebih mencabar. Isu-isu ini lazimnya tidak mempunyai penyelesaian dan menggambarkan polariti yang memerlukan tolak-ansur daripada semua pihak. Semua rakyat Malaysia mempunyai pendapat mengenai apa yang diperlukan untuk membina 1Malaysia. Kerap kali pendapat-pendapat ini berbeza. Walau bagaimanapun, pendapat tersebut adalah berdasarkan sebuah matlamat asas yang sama iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan lebih berdaya-tahan. Kami komited untuk terus berusaha untuk memperkukuhkan 1Malaysia dan mentransformasikan negara.”
(Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak)
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan
Tajuk Tugasan
Berdasarkan petikan di atas, kenalpasti 5 isu kepelbagaian budaya dan impaknya kepada sistem pendidikan negara. Berdasarkan isu-isu tersebut bincangkan langkah-langkah untuk menanganinya bagi mewujudkan negara Malaysia yang lebih baik dan lebih berdaya tahan.
3. Markah Tugasan: 100 peratus dengan Wajaran 50 peratus
4. Panduan Pelaksanaan
4.1. Rujukan asas penulisan : Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (Edisi Pelajar), Unit peperiksaan dan Penilaian Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Berkuatkuasa Mulai Jun 2006
4.2 Tugasan ini adalah secara individu.
4.3 Panjang penulisan : 1500 perkataan sahaja (tidak termasuk lampiran).
* Jawapan yang kurang atau melebihi 10 peratus dari had bilangan perkataan di atas akan
dikenakan penalti (pengurangan gred pemarkahan) mengikut budi bicara pensyarah
pembimbing.
* Sila catatkan jumlah bilangan perkataan pada bahagian akhir penulisan..
4.4 Isi kandungan jawapan pelajar perlu dimulai dengan mengemukakan satu peta minda yang memberikan gambaran keseluruhan isi perbincangan.
4.5 Jangkamasa tugasan adalah selama empat (4) minggu bergantung kepada tarikh sebenar penyerahan soalan kepada pelajar oleh pensyarah pembimbing masing-masing.
- pelajar yang menyerahkan tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan masih berpeluang membuat penambahbaikan dengan persetujuan pensyarah pembimbing berkenaan dan tarikh penyerahan semula tugasan masih tetap sebagaimana tarikh asal.
-. pelajar yang menyerahkan tugasan lewat dari tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan penalti (pengurangan gred pemarkahan) mengikut budi bicara pensyarah pembimbing.
4.6 Semua pelajar perlu menandatangi Borang Penerimaan dan Penyerahan KKP dan disahkan oleh pensyarah pembimbing masing-masing.
4.7. Penulisan Refleksi mesti bertulisan tangan dan tidak melebihi satu halaman sahaja.
4.8 Borang Kolaborasi : sesi konsultansi dengan mana-mana pensyarah hendaklah disertakan dengan tandatangan dan cop pensyarah berkenaan serta tarikh dan dllampirkan pada bahagian akhir tugasan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk terus mendapat khidmat bimbingan pensyarah secara berterusan sepanjang masa tempoh KKP dilaksanakan.
5.9 Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
i. Peta minda yang dapat menggambarkan keseluruhan isi kandungan perbincangan.
ii. Liputan isi kandungan adakah menyeluruh, konsisten, terperinci dengan contoh-contoh yang sesuai dalam bentuk penulisan refllektif dengan memberikan contoh-contoh yang relevan sebagai bukti yang dapat menyokong hujah dan pendapat.
iii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil dari pengalaman dan pengamalan kendiri.
iv. Penulisan jawapan harus menunjukkan kefasihan berbahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara analitikal, tersusun dan jelas.
7. Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Sunday, July 10, 2011

Guru dan Perundangan

Perbincangan kumpulan:
Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan pegawai awam(kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002).
Perbincangan mengikut kumpulan dalam kuliah hari khamis (14 Julai 2011)
Persediaan tutorial:
Merujuk buku atau melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan implikasi pendidikan wajib di Malaysia.
Akan dibincangkan mengikut kumpulan dalam tutorial nanti minggu depan.