Saturday, July 21, 2012

Pertumbuhan dan Perkembangan

Nota kuliah minggu kedua boleh didownload atau dirujuk disini
Sebarang pertanyaan atau pandangan, dialu-alu kan untuk percambahan minda :)

Soalan Tutorial dan ISL


PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SOALAN-SOALAN TUTORIAL DAN ISL

TARIKH/MINGGU
TUTORIAL
ISL
17/18.6 – 21/22.6.
2012)











Pembahagian kumpulan dan topik tutorial.

Tutorial 1

“Anda dikehendaki mencari artikel dari internet yang menggambarkan konsep dan tujuan psikologi pendidikan. Seterusnya buat kesimpulan tentang implikasi psikologi pendidikan kepada guru”

Bagaimanakah pengetahuan tentang psikologi boleh membantu guru memahami tingkah laku murid?
M 2
(24/25.6 – 28/29.6 2012)




Tutorial 2

Dalam kelas 5 Mawar terdapat murid-murid yang berbeza dari segi pertumbuhan dan perkembangan mereka. Jelaskan kenapa situasi ini berlaku.”

Pelajar membuat pembacaan dan bersedia membuat banding beza antara perkembangan dan pertumbuhan


Mencari bahan berkaitan faktor baka dan persekitaran untuk persediaan sesi sumbangsaran   semasa  tutorial
M 3
(1 /6.7 – 5/6.7.
2012)



Tutorial 3

Gallery walk – Setiap kumpulan perlu menyumbang idea mengenai ciri-ciri  perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori
yang telah dipelajari

Pelajar  menyediakan jadual  ciri-ciri perkembangan berdasarkan perspektif  teori perkembangan fizikal,kognitif dan sosio-emosi
M 4
(8/9.7 – 12/13.7.2012)


Tutorial 4

“Bincangkan bagaimana pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak perlu diambil kira dalam  pembelajaran dan pengajaran.






Pelajar membuat banding beza antara jenis-jenis kecerdasan dan kesannya terhadap guru dan pelajar




Cari dan senaraikan buku rujukan di pusat sumber / website dan simpan senarai dalam portfolio.


Pelajar membuat rumusan tentang isi pelajaran dalam peta minda dan menyimpannya dalam portfolio.


Pelajar membuat rujukan di pusat sumber tentang jenis-jenis kecerdasan dan membuat peta konsep tentang setiap jenis kecerdasan dan menyimpan
nya dalam portfolio



M 5
(15/16.7 – 19/20.7.
2012)



Tutorial  5

 Bincangkan implikasi gaya kognitif/ pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran”



Peta konsep mengenai implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.


Pelajar mencari bahan dalam internet tentang gaya kognitif dan membuat persiapan untuk pembentangan.

Pelajar mengumpul
kan artikel tentang gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan mereka.

Membincang
kan kesan gaya pembelajaran terhadap murid.

Pelajar membuat rujukan dari internet untuk membincangkan tajuk dalam tutorial.

M 6
(22/23.7 – 26/27.7.2012)



Tutorial 6

“ Main peranan berdasarkan situasi yang menunjukkan pelbagai jenis helah bela diri.
Seterusnya membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran”





Pelajar  mencari maklumat tentang Triune brain Theory dan Split Brain Theory

M 7
(29/30.7 – 2/3.8.
2012
Tutorial 7

Pelajar mengadakan forum mini tentang Triune Brain Theory dan Split Brain Theory



Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori  pembelajaran behavioris terhadap pengajaran-pembelajaran kepada kanak-kanak

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio

M8 & M9 – PBS
M10 – CUTI SEMESTER
M 11
(26/27.8 – 30/31.8.
2012)

Tutorial  8

Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain.



Mencari bahan di pusat sumber/ internet berkaitan dengan proses-proses pembelajaran

M 12
(2/3.9 – 6/7.9.
2012)


Tutorial  9

“Mengenal pasti  aplikasi  teori-teori pembelajaran dalam prinsip 5E” 

*Integrasi TMK digalakkan.


Mencari bahan di pusat sumber/ internet berkaitan dengan proses-proses pembelajaran
M 13
(9/10.9 – 13/14.9.
2012)


Tutorial 10

“Pelajar mengenal pasti sebab-sebab berlakunya lupaan dan mencari strategi meningkatkan daya ingatan dari internet”


Pelajar membuat rujukan di pusat sumber tentang topik tingkah laku bermasalah.
Perbincangan dalam kumpulan tentang teknik/intervensi yang boleh digunakan untuk membantu murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah.


M 14
(16/17.9 – 20/21.9.
2012
Tutorial 11

“Muat turun tayangan video berkenaan kanak-kanak bermasalah tingkah laku”
Kenal pasti jenis tingkah laku bermasalah
dan bincangkan  cara memodifikasi
 tingkah laku tersebut.



M 15
(23/24.9 – 27/28.9.
2012)


Tutorial 12

Aktiviti berdasarkan pemahaman tentang motivasi.
 Buat analisis nota-nota kuliah dan bahan rujukan dengan menggunakan format analisis KWL yang disediakan..

Buat bacaan tambahan tentang motivasi dan sediakan borang KWL untuk sesi tutorial yang akan datang



Berdasarkan capaian internet,cari maklumat mengenai perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.


M 16
(30.9/1.10 - 4/5.10.
2012)


Tutorial 13

Anda dilantik sebagai jawatankuasa kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah. Buat satu brosur/poster berkenaan kelab tersebut

Berdasarkan capaian internet, cari maklumat mengenai perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
M 17
(7/8.10 -11/12.10.
2012)


Tutorial  14

Seorang murid dalam kelas anda didapati mengalami masalah peribadi. Sebagai seorang guru permulaan, apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu murid tersebut?”

Berdasarkan capaian internet, cari maklumat mengenai perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
M 18
(14/15.10 – 18/19.10.
2012)


Tutorial 15

Kendalikan satu bengkel (hands-on)  untuk terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio.




Cari maklumat  untuk mengendali
kan bengkel terapi kanak-kanak.

Lawat  laman web berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. Kenal pasti aspek-aspek yang dominan dalam perkhidmatan tersebut.

Konsep Asas Psikologi Pendidikan

Nota kuliah bagi minggu pertama DPLI boleh di download atau di rujuk disini
Sebarang pertanyaan atau pandangan, dialu- alukan untuk percambahan minda :)

Friday, July 20, 2012

Uji minda anda......

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Quiz

  1. Seorang pelajar telah dirujuk untuk mengikuti sesi kaunseling individu. Sebelum memulakan sesi, pelajar ini lebih suka mendiamkan diri dan tidak berminat berinteraksi.

    Tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan ialah
    A.melaksanakan aktiviti membina hubungan untuk membina kepercayaannya 
    B.menangguh sesi dengan pelajar ini sehingga dia bersedia untuk menyertai sesi semula 
    C.merujuk pelajar ini supaya menyertai sesi kelompok kerana ahli-ahli boleh membantu dia berinteraksi 
    D.merujuk rekod peribadi pelajar ini untuk mendapatkan maklumat latar belakang keluarga pelajar tersebut
  2. Klien : Saya bercita-cita nak jadi doktor, cikgu. Saya memang nak belajar tetapi saya tak suka dengan matapelajaran sains kerana matapelajaran itu sangat susah, saya tak minatlah, cikgu.

    Respon kaunselor yang paling sesuai ialah
    A."Bukan matapelajaran sains sahaja yang sukar, matapelajaran lain pun sukar juga. " 
    B."Anda patut abaikan sahaja matapelajaran sains dan memikirkan semula tentang cita-cita anda" 
    C."Anda tidak suka matapelajaran sains atau anda tidak suka guru yang mengajar matapelajaran tersebut." 
    D."Anda tidak meminati sains sedangkan sains merupakan matapelajaran penting untuk mencapai cita-cita anda."
  3. Penyataan yang BENAR mengenai dorongan minima ialah
    A.menunjukkan klien bersedia untuk berunding 
    B.menggalakkan kaunselor untuk terus bertanya 
    C.merumus apa-apa yang telah diperkatakan 
    D.menunjukkan kaunselor mendengar maklumat klien
  4. Klien : Sejak saya bertukar ke sini, tak ada kawan yang ingin berbual, berbincang dan bermain dengan saya. Saya tidak gembira dan berasa keseorangan.
    Kaunselor : Nampaknya anda kelihatan sedih dengan keadaan ini.

    Tindakan kaunselor di atas menunjukkan beliau mengaplikasikan kemahiran
    A. empati 
    B.refleksi isi 
    C. refleksi perasaan 
    D.refleksi pengalaman

Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

1) Menolong/membimbing murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi dan akademik serta perkembangan mental dan akhlak.

ž 2) Menolong murid menghadapi masalah dan kekeliruan dalam pelajaran mereka:

¡Memperkenalkan sistem pendidikan
¡Matlamat pelajaran
¡Cara belajar
¡Situasi persekitaran
¡Peraturan sekolah
¡Kepentingan mata-mata pelajaran
ž3) Menyediakan peluang untuk murid mengembangkan daya kebolehan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing.
ž4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran.
ž5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran.
ž6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional.
ž7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna.
8) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna.
9) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.
10) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi)/ kad rekod himpunan.
ž11) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program.
12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.
13) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional.

Model dan Jenis Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  1. Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
  2. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling      kelompok.
  3. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
  4. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
  5. Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
  6. Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K
1. PERKHIDMATAN KAUNSELING
a). Kaunseling individu atau kelompok.
· pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
· rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
· kerjaya, pelajaran, dan peribadi.
§ tidak turut serta dalam ko-kurikulum.
§ masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen
· b). Kaunseling keluarga
- jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .
· c). Kaunseling tunjuk ajar
guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen.
2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN
· Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang mengandungi aktiviti terancang dan tersusun yang menggalakkan perkembangan konsep kendiri,kognitif-afektif,psikososial, fizikal, seksual dan moral-agama pelajar atau mengenai topik tertentu dari masa ke semasa.
3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.
· sistem fail
· rekod penafsiran minat pelajar
· mengawas corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling
· memberi maklumat objektif mengenai pencapaian,kemajuan dan prestasi
· pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan
· Memberi penafsiran/kaji selidik untuk membantu pekembangan diri pelajar
4. PERKHIDMATAN MENGUMPUL DAN MEMBERI MAKLUMAT.
· Mengumpul,menyedia dan menyebar maklumat berkaitan dengan:
· - pendidikan pencegahan dadah,AIDS,rokok dan inhalan
· - latihan dan kerjaya
· - sosial dan peribadi
5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN
· - membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.
· penempatan pekerjaan
· - penempatan IPT dan IPTS
6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH DAN INHALAN
· memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah
· memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan pemulihan dan rawatan
· membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan penggunaan dadah.
·
7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN
· - membantu bekas pelajar
· - membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah
· - membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar
· - membuat rujukan ke doktor,pakar kanak-kanak,pakar jiwa,pegawai kebajikan dsb
8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA
· - memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.
· Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama-sama mengawasi kemajuan pelajar
· Mengadakan kaunseling keluarg jika didapati bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga
9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS
· - menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar
· - merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.
· Penyelaras bagi penglibatan majikan,agensi kebajikan dan orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah
10. PERKHIDMATAN PENILAIAN
· - membuat penilaian aktiviti bimbingan
· - menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
11. SISTEM FAIL,REKOD DAN DOKUMENTASI
· Menjalankankerja-kerja pentadbiran di bilik kaunseling,mengadakan sistem fail,menyimpan rekod,pehubungan awam, surat-menyurat,pengelolaan aktiviti,pengendalian bahan bercetak,penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti,Pengetua,PPD dan Kementerian

Pengurusan Bilik B&K

Let the pictures talk