Thursday, July 28, 2011

Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yangbaik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Harapanini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang.Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor berharap agar ibu bapa juga dapat berubah sikap dengan memberi lebih perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka juga adalah salah satu punca kepada keruntuhan masalah disiplin pelajar. Ini kerana kesibukan tugas menyebabkan ibu bapa sering melepaskan tanggungjawab kepada sekolah mendidik anak-anak mereka memburukkan lagi keadaan.

- terlalu membiarkan atau terlalu keras dengan disiplin

- kurang penyeliaan
- anak-anak yang banyak masalah ketika di sekolah rendah lagi.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada anak mereka adalah proses
Mengurus dan mengawal tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab yang besar bagi ibu
Ibu bapa sentiasa bersaing dengan pihak-pihak lain untuk mendapatkan perhatian anakanak. Cara untuk mendapatkan perhatian ialah dengan mewujudkan talian berkomunikasi yang sihat dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang berasal janggal kalau berbual-bual dengan anak-anak, kononnya ‘tak mahu beri muka’. Jika ibu bapa susah hendak bercakap dengan anak-anak, bagaimana pula anak-anak hendak bercakap sesuatu atau mengadu sesuatu yang penting baginya kepada ibu dan bapa?

Kajian-kajian tentang masalah disiplin di kalangan pelajar banyak menunjukkan kecondongan
anak-anak yang melakukan kesalahan berasal daripada keluarga yang:
- tiada kejelekitan (cohesiveness)

KASIH SAYANG

pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu, kanak-kanak
merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa disayangi.
Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa “relax”
dan rasa selamat walaupun mereka sakit dan takut. (Lain Ehmann, 2001) Ramai ibubapa beranggapan yang anak mereka tahu akan ibubapa menyayangi mereka.
Walaupun ibu bapa menyayangi anak-anak namun sukar bagi mereka untuk menyatakan perkataan “I love you” kepada anak-anak. Itulah orang Asia. Menurut Jayesh Maniar (1998), ibubapa patut bukan sahaja menunjukkan kasih sayang melalui gerak geri tetapi juga melalui perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaan dan masa daripada ibubapa. Ibubapa patut menerima anak mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah disiplin yang dihadapi.
Tanda pemberian kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapat
membalas dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnya
kepada orang lain, misalnya kepada adik-beradik. Namun, dalam kesibukan harian
inilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-anak mereka. Ada segelintir
ibubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan dengan kemewahan
dan wang ringgit. Contohnya ialah seorang pelajar yang telah disabit kesalahan kerana
melanggar disiplin dan guru memberitahu pelajar itu bahawa kesnya akan dimaklumkan
kepada ibu bapa. Pelajar itu merayu supaya tidak memberitahu ibu bapa dan meminta
pihak sekolah merotannya. Kata pelajar itu: “Saya takut, bapa saya tidak beri elaun
mingguan dan merampas motosikal saya.” (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Utusan
Malaysia, 2005) Remaja ini melihat ayahnya sebagai sumber kewangan dan bukannya
sumber kasih sayangnya.

MENGAWAL ANAK

bapa. Cara ibu bapa memainkan peranan masing-masing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka sendiri telah dididik dan dasuh oleh ibu bapa mereka dahulu. Yang penting ialah ibu bapa menyedari akan kesan kepada tindakan-tindakan yang diambil terhadap anak-anak mereka. Misalnya ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menziarahi saudara atau kawan sering melihat anak-anak mereka bergurau dengan anak-anak tuan rumah, atau anak-anak tetamu lain. Gurauan anakanak kecil itu kadang-kadang menjadi bertambah lasak kerana tiada teguran daripada ibu bapa masing masing.
Kononya budak-budak memang lasak dan cergas, walaupun kejadian itu berlaku di hadapan mata sendiri. Ketegasan ibu bapa menegur dan mebetulkan keadaan yang sedemikian serta-merta akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-anak itu. Sebaliknya, jika anak-anak itu dimarahi hanya apabila sudah balik, atau dua tiga hari lagi dirotan kerana memalukan emak, bapa, maka kesanya amat sedikit, malah akan memberi kesan sampingan yang lain pula. Ketegasan ibu bapa menegur kesalahan anak dengan serta merta amatlah penting dalam proses mendidik anak dari kecil. Ia harus dilakukan
dengan konsisten supaya lama-kelamaan mesej yang hendak disampaikan itu tertanam di dalam lubuk hatinya. Proses ini dinamakan proses penghayatan atau ‘interalization’.
Kini, kita boleh menyaksikan lebih ramai ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil, mengurus dan mengawal anak-anak mereka dengan cara yang lebih liberal. Maksudnya, anak-anak ini dibiarkan menunjukkan pelbagai telatah termasuklah melayani anak-anak lawan ‘bertengar’ dengan ibu atau bapa atau pun menutup sebelah mata setelah mengetahui sesuatu kesalahan telah dibuat. Hakikatnya, tanpa disedari ibu bapa ini sedang menyemai bibit-bibit tingkah laku yang ditegah sama ada dari pandangan
agama mahu pun adat ketimuran.

BERKOMUNIKASI

Kehilangan peluang untuk berkomunikasi dalam sesebuah keluarga mendorong anak-anak
mencari tempat lain untuk mencurahkan perasaan. Orang yang paling mudah menerima kekosongan ini ialah teman-teman sebaya yang sanggup memberi sokongan moral dan simpati. Topik-topik yang sering dibincangkan sesama sendiri secara umumnya sama dikongsi dari segi nilai minatnya, seperti fesyen pakaian, gosip, hiburan, seks dan perkara-perkara yang menyeronokkan.Yang merosakkan ialah apabila anak-anak ini berkongsi pendapat dan mengukuhkan nilai-nilai negatif yang mereka sendiri belum
matang memikirkannya.
Oleh itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan
anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang dicakapkan oleh anak-anak, begitu juga anak-anak mendengar apa yang dicakap oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka

No comments: