Wednesday, July 27, 2011

Kerja Kursus Guru dan Cabaran Semasa

2. Rangsangan
“Sebagai sebuah negara, adalah penting bagi kita untuk mengiktirafkan kemajuan besar yang telah kita capai dalam mewujudkan Malaysia yang bersatu-padu dan merangkumi semua lapisan rakyat. Walau bagaimanapun, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan dan saya percaya bahawa rakyat Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk membincangkan isu-isu yang lebih mencabar. Isu-isu ini lazimnya tidak mempunyai penyelesaian dan menggambarkan polariti yang memerlukan tolak-ansur daripada semua pihak. Semua rakyat Malaysia mempunyai pendapat mengenai apa yang diperlukan untuk membina 1Malaysia. Kerap kali pendapat-pendapat ini berbeza. Walau bagaimanapun, pendapat tersebut adalah berdasarkan sebuah matlamat asas yang sama iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan lebih berdaya-tahan. Kami komited untuk terus berusaha untuk memperkukuhkan 1Malaysia dan mentransformasikan negara.”
(Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak)
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan
Tajuk Tugasan
Berdasarkan petikan di atas, kenalpasti 5 isu kepelbagaian budaya dan impaknya kepada sistem pendidikan negara. Berdasarkan isu-isu tersebut bincangkan langkah-langkah untuk menanganinya bagi mewujudkan negara Malaysia yang lebih baik dan lebih berdaya tahan.
3. Markah Tugasan: 100 peratus dengan Wajaran 50 peratus
4. Panduan Pelaksanaan
4.1. Rujukan asas penulisan : Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (Edisi Pelajar), Unit peperiksaan dan Penilaian Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Berkuatkuasa Mulai Jun 2006
4.2 Tugasan ini adalah secara individu.
4.3 Panjang penulisan : 1500 perkataan sahaja (tidak termasuk lampiran).
* Jawapan yang kurang atau melebihi 10 peratus dari had bilangan perkataan di atas akan
dikenakan penalti (pengurangan gred pemarkahan) mengikut budi bicara pensyarah
pembimbing.
* Sila catatkan jumlah bilangan perkataan pada bahagian akhir penulisan..
4.4 Isi kandungan jawapan pelajar perlu dimulai dengan mengemukakan satu peta minda yang memberikan gambaran keseluruhan isi perbincangan.
4.5 Jangkamasa tugasan adalah selama empat (4) minggu bergantung kepada tarikh sebenar penyerahan soalan kepada pelajar oleh pensyarah pembimbing masing-masing.
- pelajar yang menyerahkan tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan masih berpeluang membuat penambahbaikan dengan persetujuan pensyarah pembimbing berkenaan dan tarikh penyerahan semula tugasan masih tetap sebagaimana tarikh asal.
-. pelajar yang menyerahkan tugasan lewat dari tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan penalti (pengurangan gred pemarkahan) mengikut budi bicara pensyarah pembimbing.
4.6 Semua pelajar perlu menandatangi Borang Penerimaan dan Penyerahan KKP dan disahkan oleh pensyarah pembimbing masing-masing.
4.7. Penulisan Refleksi mesti bertulisan tangan dan tidak melebihi satu halaman sahaja.
4.8 Borang Kolaborasi : sesi konsultansi dengan mana-mana pensyarah hendaklah disertakan dengan tandatangan dan cop pensyarah berkenaan serta tarikh dan dllampirkan pada bahagian akhir tugasan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk terus mendapat khidmat bimbingan pensyarah secara berterusan sepanjang masa tempoh KKP dilaksanakan.
5.9 Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
i. Peta minda yang dapat menggambarkan keseluruhan isi kandungan perbincangan.
ii. Liputan isi kandungan adakah menyeluruh, konsisten, terperinci dengan contoh-contoh yang sesuai dalam bentuk penulisan refllektif dengan memberikan contoh-contoh yang relevan sebagai bukti yang dapat menyokong hujah dan pendapat.
iii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil dari pengalaman dan pengamalan kendiri.
iv. Penulisan jawapan harus menunjukkan kefasihan berbahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara analitikal, tersusun dan jelas.
7. Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

No comments: